fbpx

Visi Dan Misi Kami

Visi

MENJADI PENERAJU SOLUSI KEWANGAN TERUNGGUL DI MALAYSIA

Misi

MENERAJUI SISTEM PEMBIAYAAN KOPERASI SECARA DALAM TALIAN

MENGENAI KAMI

MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat usahasama di antara MyAngkasa Holdings Sdn Bhd (anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh ANGKASA) dan Sukaniaga Sdn Bhd bagi membangun, menyelenggara dan menjalankan operasi sebuah sistem yang bercirikan “Financial Technology (FinTech)” bagi tujuan menginovasi aktiviti-aktiviti kewangan ahli-ahli gerakan koperasi di Malaysia. MyAngkasa Az Zahra Sdn Bhd memainkan peranan penting di dalam merevolusi perniagaan koperasi, dan seterusnya masyarakat yang lebih luas.

NILAI DAN INTEGRITI

Penekanan terhadap nilai dan integriti adalah tunjang utama penubuhan kerjasama ini. Penyelesaian yang di bina, teknologi yang digunakan dan kolaborasi yang kuat membezakan MyAngkasa Az Zahra di pasaran. Kerjasama ini juga dapat membina sebuah organisasi yang merupakan rakan kongsi yang kukuh untuk Angkasa dan memberi sumber rujukan yang terbaik bagi koperasi selari dengan Revolusi Industri 4.0.

Mengapa pilih myazzahra?

Mudah

Syarat mudah dan tanpa karenah birokrasi

Telus

Permohonan diproses secara telus oleh koperasi

Cepat

*Tempoh kelulusan antara 5-7 hari bekerja
*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Selamat

Akta PDPA melindungi maklumat peribadi anda