Peningkatan kes COVID-19 secara mendadak amat membimbangkan rakyat. Pengumuman perintah kawalan pergerakan semestinya sesuatu yang diluar jangkaan.
Segala pergerakan kita dibatasi yang menyebabkan urusan seharian perlu mengikut norma baharu. Tetapi jangan jadikan itu satu halangan dan alas an untuk kita tidak meneruskan segala urusan peribadi terutama yang melibatkan urusan berkaitan perbankan ataupun urusan disaat genting seperti membuat permohonan pembiayaan peribadi disaat memerlukan.
Berikut sebab utama mengapa anda perlu menukar daripada permohanan secara konvensional kepada urusan secara digital :
1.Menjimatkan masa dan tenaga
Anda tidak perlu ke sana, ke sini. Jimatkan masa dan tenaga untuk urusan lain kerana semua urusan pembiayaan boleh dibuat didalam talian. Tidak perlu beratur lama dan jimatkan masa menunggu anda.
2.Menjimatkan wang ringgit.
Wang Ringgit perlu keluar untuk mengisi petrol, membayar tol dan parkir. Dengan hanya hujung jari dan kuasa internet, semua kos ini boleh diselamatkan. Gunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
3.Mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit
Statistik penularan Covid19 yang tinggi amat menakutkan. Duduk sahaja di rumah dan semua urusan masih boleh dijalankan secara dalam talian. Kurangkan risiko terkena jangkitan Covid19. Amalkan norma baharu didalam kehidupan.
4.Informasi tepat dan terkini
Anda juga boleh memerolehi semua informasi terkini dengan melayari laman sesawang atau melalui Portal yang disediakan kerana informasi semua telah pun tersedia.
5.Mesra Alam
Pelihara alam sekitar kerana tidak perlu terlalu banyak menggunakan kertas. Permohonan atas talian secara digital semestinya sesuatu perkara yang ternyata memberi impak kepada alam sekitar yang kita cintai.
Hubungi kami hari ini di talian 017-9561893 bagi mengetahui cara untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih efektif dan membuat permohonan dalam talian melalui Portal MyAzZahra dengan mudah dan cepat.