Pinjaman peribadi merupakan sejenis pinjaman yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia meskipun terdapat tanggapan negatif terhadap peminjam-peminjamnya.
Tidak dinafikan terdapat banyak juga kes-kes senarai hitam dan kebankarapan akibat daripada tabiat meminjam yang tidak sihat dan kadar keterhutangan isi rumah Malaysia antara yang tertinggi di Asia tenggara.
Namun begitu,
1) Kadar faedah/keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding Kad Kredit.
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang dikenakan faedah sehingga 18% apabila menggunakan Kad Kredit. Namun, rata-rata di luar sana, hampir setiap orang mempunyai kad kredit. Alasan yang diberikan adalah mudah jalankan transaksi dan sebagai kegunaan untuk masa kecemasan.
Tetapi, faedah pinjaman peribadi hanya sekitar 6-11% sahaja pada kadar tetap dan tempoh pembayaran balik boleh didapati sehingga 10 tahun. Sebab itu ramai orang yang mohon pinjaman peribadi untuk langsaikan hutang kad kredit.
Jadi, untuk kemudahan berbelanja, masukkan wang pinjaman tersebut kedalam akaun simpanan dan gunakan kad debit atau perbankan online anda untuk membuat pembayaran.
2) Pinjaman Pelbagai Guna
Pinjaman peribadi adalah amat unik berbanding pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman perumahan, beli kenderaan dll. Anda tidak perlu menyatakan atas tujuan apa pinjaman dibuat. Dalam erti kata lain, suka hati andalah nak buat apa dengan duit itu.
Kebiasaaannya peminjam memohon pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan seperti perkahwinan, pendidikan, melangsaikan hutang, mengubahsuai rumah, melancong, memulakan perniagaan dan lain-lain lagi.
3) Simpanan atau Pelaburan
Untuk mengumpul simpanan dan meletakkan simpanan tersebut dalam instrument-instrumen pelaburan akan mengambil masa mengikut kemampuan anda. Pulangan atau dividen pelaburan juga bergantung kepada jumlah simpanan/pelaburan yang dibuat. Kerana itu adanya produk seperti ASB Loan untuk memenuhi keperluan seperti ini.
Dengan pinjaman peribadi, anda tidak terhad kepada satu instrumen pelaburan sahaja. Terpulang pada anda untuk menilai, institusi pelaburan manakah yang wajar mejadi destinasi pilihan pelaburan anda.
Mungkin juga anda mendapat tips berkenaan saham yang bakal naik harga atau peluang perniagaan yang boleh beri pulangan jangka pendek. Alangkah indahnya jika pada waktu itu anda mempunyai wang tunai untuk mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang datang bergolek ini.
4) Melonjakkan “Credit Score” Anda
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila anda membuat permohonan pinjaman rumah misalnya dan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman-pinjaman yang lain. Dalam menilai permohonan pinjaman, “Credit Score” merupakan penanda aras yang digunakan dalam mendapatkan gambaran tentang profil hutang-hutang anda. Dalam erti kata lain, “Credit Score” ini menunjukkan prestasi anda sebagai seorang “paymaster”.
Pihak bank agak sukar memberi pinjam kepada orang yang tidak mempunyai hutang dengan mana-mana institusi kewangan kerana mereka tidak dapat kenal personaliti kredit anda. Lebih banyak hutang yang anda ada, lebih tepat analisis “Credit Score” dapat dibuat dan ini akan menjadi hujah utama dalam menyokong permohonan pinjaman yang sedang anda buat.
5) Penyatuan Hutang
Kadar faedah yang rendah berbanding hutang lain seperti kad kredit dan lain-lain membolehkan anda menggunakan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut dan komitmen bayaran bulanan anda akan menurun.
Penyatuan hutang juga akan memudahkan proses menguruskan pembayaran balik kerana sekarang anda hanya perlu bayar pada satu institusi kewangan sahaja berbanding sebelum ini.
Banyak bank dan institusi kewangan menawarkan pinjaman peribadi untuk tujuan ini dan yang menariknya adalah sewaktu proses permohonan, komitmen-komitmen sedia ada yang bakal dilangsaikan nanti tidak diambil kira dalam menentukan kadar keterhutangan anda dan jumlah yang layak dipinjam.
Portal MyAzZahra adalah platform untuk memohon pembiayaan peribadi yang patuh syariah dari pelbagai koperasi menerusi skim potongan gaji Angkasa.
Layari www.myazzahra.com.my untuk memohon