1) Ketahui Cara Menggunakan Pinjaman Wang Dengan Betul
Bukan semua pinjaman adalah buruk. Jika anda menggunakan pinjaman wang dengan bijak, ia akan bantu anda untuk menjana pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya, anda bukan sahaja mampu membayar balik pinjaman tersebut, bahkan anda juga boleh menambah pendapatan.
Contohnya, anda memohon pinjaman untuk membeli telefon pintar. Ini merupakan contoh pinjaman yang tidak berfaedah, kerana gajet tersebut akan susut nilai dengan cepat, dan tidak boleh dianggap sebagai aset yang boleh menjana pendapatan.
Sebaliknya, jika anda memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan merupakan situasi berbeza. Pinjaman ini merupakan sejenis hutang baik kerana ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan anda.
Jadi, sebelum memohon pinjaman, fahami konsep leverage terlebih dahulu. Ini kerana pinjaman wang boleh mendatangkan faedah jika anda gunakannya untuk menjana keuntungan.
2) Berbelanja kurang daripada pendapatan
Jika terdapat peraturan asas kewangan peribadi tunggal, inilah dia. Anda perlu berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi dan meletakkan perbezaannya untuk masa depan supaya anda masih boleh hidup sewaktu anda tua dan tidak lagi mempunyai peluang dan tenaga seperti hari ini kelak. Tanpa pendapatan yang lebih besar dari perbelanjaan, anda tidak akan dapat mencapai matlamat kewangan yang besar tanpa keajaiban.
Ukur baju pada badan sendiri. Kalau kita size M, takkan beli baju size XXL pula.Jangan ikut seperti Biar papa asal bergaya. Jumlah pendapatan, walaupun setelah ditolak simpanan dan perbelanjaan, masih berbaki. Dan baki ini boleh disimpan atau dilabur untuk mengembangkan lagi pendapatan.Sebenarnya, mempunyai pendapatan yang besar bukan syarat utama untuk mencapai situasi ini.Asalkan saja berhemah dan pandai menguruskan kewangan peribadi, semua orang boleh berada dalam situasi terbaik ini.
3) Simpan 10% daripada pendapatan anda
Hanya 10% sekurang-kurangnya, perlu dipindahkan ke akaun simpanan anda (Akaun Bebas Kewangan). Yang mana simpanan ini merupakan ‘reward’ kepada diri sendiri setelah bertungkus lumus bekerja setiap bulan. Anda mempunyai 90% lagi yang boleh diagihkan seperti berikut:
10% – Akaun Bebas (gunakan untuk aktiviti yang disukai/hobi contohnya, melancong dsb)
50% – Akaun Keperluan (rumah, perbelanjaan bulanan)
10% – Akaun Kecemasan, Jangka Panjang
10% – Akaun Pendidikan (bidang yang diminati)
10% – Akaun Pemberian (contohnya, untuk ibubapa atau kebajikan)
Dengan membuat agihan seperti ini, ia akan membantu anda menyediakan bajet bulanan.
4) Bayar penuh jumlah penggunaan kad kredit setiap bulan
Tak salah memiliki kad kredit. Banyak kemudahan. Tak perlu bawa tunai yang banyak, lebih selamat. Tapi gunakan ia sepertimana anda berbelanja secara tunai kerana setiap bulan anda perlu membayar jumlah penuh dan ini mengelakkan kos faedah yang tinggi ke atas baki bayaran bulanan apabila anda membayar jumlah yang minimum sahaja. Kos faedah ini adalah amat mahal, boleh melebihi 20%! Tapi sekiranya anda bijak, penjimatan juga boleh dinikmati dengan penggunaan kad kredit.
5) Buat Catatan Setiap Sen Yang Keluar
Sila sediakan satu buku nota kecil. Guna apa-apa apps mengenai money tracker pun boleh. Catat segala perbelanjaan yang dibuat setiap hari. Mulakan dengan mencatat segala perbelanjaan yang dilakukan setiap hari. Ya, setiap hari, setiap sen tanpa gagal.
Hasil dari catatan yang dilakukan, kenalpasti dan kategorikan setiap perbelanjaan yang dibuat.Kategorikan kepada perbelanjaan keperluan dan kemahuan. Perbelanjaan keperluan adalah untuk memenuhi keperluan asas hidup contohnya seperti belanja dapur, makanan, bil air, bil elektrik, bayaran rumah, nafkah dan pakaian.
Manakala perbelanjaan kemahuan perbelanjaan sampingan sekadar untuk memenuhi tuntutan gaya hidup seperti hiburan, bayaran kereta, bil telefon, bil internet dan hobi.
Selepas itu, kenalpasti setiap perbelanjaan itu samaada perbelanjaan tetap atau boleh ubah.Bagi perbelanjaan tetap, mungkin tidak dapat dilakukan apa-apa untuk mengurangkannya, kecuali langkah drastik diambil seperti bayaran kereta dan bayaran rumah.Tetapi, untuk perbelanjaan boleh ubah, di sinilah ruang untuk diperbaiki supaya aliran tunai menjadi lebih baik.
Tujuan mencatat adalah untuk menjejak ke mana wang kita dibelanjakan. Oleh itu, perlu mencatat perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan. Jika ini dilakukan, kita akan dapat melihat pattern perbelanjaan kita, samaada wang telah dibelanjakan dengan betul atau tidak.
Portal MyAzZahra adalah platform untuk memohon pembiayaan peribadi yang patuh syariah dari pelbagai koperasi menerusi skim potongan gaji Angkasa.
Layari www.myazzahra.com.my untuk memohon